Jan 31

Olaa..posting akhir bulan. Posting yang berkaitan dengan movie. Boleh kata sume movie kat wayang aku dah tengok. Melayu, omputih,cina , siam sume dah tgk. Citer tamil je aku belum tergerak hati nak tengok. Untuk kali ni aku nak kongsi pesal Sumpahan Kum Kum. Baru je main kat wayang minggu lepas. Tajuk seram. Jalan citer?

OK, aku mulakan dengan sinopsis dulu. Pendek je..ni pun aku cilok dari website tgv.

Cerita seram mengenai Mila (bukan Mila AF) yang memiliki wajah berjerawat yang berjumpa dengan seorang dukun, Mak Tom, bagi mendapatkan rawatan susuk. Tetapi untuk memulihkan wajahnya, Mila perlu meminum darah 9 gadis sunti. Seorang demi seorang gadis sunti menjadi mangsa Mila. Malangnya mangsa pertama Mila merupakan anak gadis Mak Tom dan ini menyebabkan Mak Tom nekad untuk membunuh Mila. Sebelum menghembus nafas yang terakhir, Mila telah bersumpah yang dia akan terus menghantui gadis sunti keturunan Mak Tom. Semua kisah seram dan gangguan bermula apabila anak lelaki Mak Tom membawa anak gadisnya bagi menziarahi Mak Tom yang sakit tenat. Sebelum ini Mak Tom tidak membenarkan anak lelakinya membawa pulang cucu perempuannya ke kampung bagi mengelakkan hantu Mila dari mengganggunya. Kisah aneh berlaku sejak malam pertama mereka di kampung. Nak tau lebih lanjut pegi tengok sendiri kat wayang….kuikuikui…

Serba sedikit sinopsis. Pandangan aku? Agak berbaloi untuk tgk filem ni. Jalan citer agak susah nak paham pada mulanya tapi semua persoalan dirungkai satu demi satu. Dah separuh jalan baru penonton dapat rungkai semua perkaitan yang ada dalam filem ni. Memang aku akui agak susah nak jumpa filem melayu yang jalan citernya nampak “logik” dan ada perkaitan untuk setiap babak. Tapi untuk filem ni aku rasa puas hati. Ada plot yang memaksa aku pejam sebelah mata sebab terkezut ( aku tgk sorang wei..pukul 11 pagi…ade org penonton je..mau tak seram mak..). Aku bagi 4 bintang untuk filem ni (yela, kang aku bg 2 bintang korang ckp aku tak patriotik pulak)

So mmg tak rugi korang nak tgk. Nasihat aku jgn pegi tgk sorang2. Bawak aweks lagi best kot..kuikui..

~Tata~

Jan 25

Hi uolls…
Agak lama tak update blog. Dekat 9 bulan rasanya. Kalau ibu mengandung nescaya dah beranak pinak dah.
Bukan saje-saje tak nak update, tapi bizi melampau. Kerja tak pernah kurang, hiburan pun tak pernah miss…kuikui (alasan dari tahun 2009).

Hari ini masuk opis je tetiba teringat nk jenguk blog. Pergh…macam kubur..Sepi…Mulai hari ini aku berikrar akan update blog setiap hari (eleh..tahun lepas pun cakap camtu gak).

Untuk posting pertama aku tahun 2012 ni aku nak share pasal gajet. Gajet yang aku (bercadang) nak beli ni dah lama aku usya. Gajet ape? Kamera uolls!!!

Hahaha..tetiba je kan. Start dr akhir tahun lepas aku mula suka amik gambar pulak. Kamera yang aku target nak beli ni agk cun gak la. Boleh meleleh tgk. Tak nak ckp panjang ( sbb bos dh usya semacam je…mcm tau je aku curik tulang..) aku review sedikit pasal spec dia.

 

 

LUMIX GF1

Max resolution      4000 x 3000
 Low resolution      4000 x 3000, 4000 x 2672, 4000 x 2248, 2992 x 2992
 Image ratio w:h      16:9, 4:3, 3:2, 1:1
 Effective pixels      12.1 million
 Sensor photo detectors      13.1 million
 Sensor size      4/3 ` (18.00 x 13.50 mm, 2.43 cm²)
 Pixel density      5 MP/cm²
 Sensor type      CMOS
 Sensor manufacturer      Unknown
 ISO rating      Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200
 Zoom wide (W)       
 Zoom tele (T)       
 Digital zoom      Unknown
 Image stabilization      No
 Auto Focus       
 Manual Focus      Yes
 Normal focus range       
 Macro focus range       
 White balance override      6 positions, plus 2 manual
 Aperture range       
 Min shutter      60 sec
 Max shutter      1/4000 sec
 Built-in Flash      Yes, pop-up
 Flash range      6 m
 External flash      Yes, hot-shoe
 Flash modes      Auto, Red-Eye Auto, On, Red-Eye On, Red-Eye Slow Sync, Off, Slow Sync (1&2)
 Exposure compensation      -3 to +3 EV in 0.3 EV steps
 Metering      Multi-segment, Center-weighted, Spot
 Aperture priority      Yes
 Shutter priority      Yes
 Focal length multiplier       
 Lens thread      Micro 4/3 System Lens Mount
 Continuous Drive      Yes, 3 or 2 fps
 Movie Clips      Yes, 1280 x 720 (AVCHD, Motion JPEG), 848 x 480, 640 x 480, 320 x 240 (Motion JPEG)
 Remote control      Yes, Optional DMW-RSL1
 Self-timer      Yes, 2 or 10 sec, 10 sec (3 images)
 Timelapse recording      Unknown
 Orientation sensor      Yes
 Storage types      SD/SDHC/MMC
 Storage included      None
 Uncompressed format      Yes, RAW
 Quality Levels      Fine, Standard
 Viewfinder      None
 LCD      3 `
 LCD Dots      460,000
 Live View      No
 USB      USB 2.0 (480Mbit/sec)
 HDMI      Yes
 Wireless      No
 Environmentally sealed      No
 Battery      Lithium-Ion rechargeable battery
 Weight (inc. batteries)      315 g (11.1 oz)
 Dimensions      119 x 71 x 36.3 mm (4.7 x 2.8 x 1.4 in)

Harga?

ok, mulai hari ini setiap hari aku akan makan batu goreng kunyit dan sambal kayu bersama sup rumput.

Jul 22

Tak tau nak cakap apa. Korang tengok sendiri.

Jun 28

Ni aku copy bulat2 dari Mediasiber.com. Blog yang tak perlu nak kenal-kenalkan lagi. Mmg penuh informasi. Peringatan untuk semua especially untuk aku sekali.

 

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)

Jun 24
Mak…Nak Satu!!!
icon1 crayon | icon2 CeRitA Aku | icon4 06 24th, 2011| icon32 Contengan »

« Previous Entries